Tuesday, May 09, 2006

Ucapan Pengerusi PPMKSAR Sesi 2006/08
(Oleh wakil: Wan Mazli Bin Wan Razali)

Puan Margaret Simeng, Bekas Pengerusi PPMKSAR Sesi Mac 2004 – Mac 2006, tuan-tuan dan puan-puan sekelian

Terlebih dahulu saya sebagai wakil Pengerusi PPMKSAR Sesi April 2006 – April 2008 memaklumkan bahawa beliau mengucapkan terima kasih di atas perlantikan ini dan mandat yang diterima untuk menerajui PPMKSAR untuk penggal 2006 – 2008.

Perlantikan jawatankuasa baru ini kita melihat penglibatan dari pelbagai latarbelakang pustakawan iaitu dari IPTA, IPTS, Maktab Perguruan dan Perpustakaan Negeri. Ini akan memberi kepelbagaian dalam pengurusan serta pengendalian aktiviti dan program. Diharap jawatankuasa baru ini dalam menjalankan aktiviti dan program bagi mencapai objektif kita iaitu:
Memartabatkan profesion pustakawan di Sarawak
Menaikan profesion pustakawan agar diiktiraf masyarakat di Negeri ini.

Semua objektif dan usaha ini memerlukan sokongan padu dari semua ahli PPMKSAR. Segala matlamat ini tidak akan menjadi kenyataan sekiranya tiada sokongan dan kerjasama ahli-ahli persatuan.

Akhir sekali, terima kasih diatas jasa-jasa, usaha-usaha yang telah diberikan oleh jawatankuasa terdahulu terutama Puan Margaret Simeng, Pengerusi PPMKSAR Sesi 2004 – 2006 yang telah menerajui PPMKSAR pada penggal yang lepas dengan jayanya.

Sekian, terima kasih

Puan Rashidah Bolhassan
Pengerusi
PPMKSAR 2006-2008

0 Comments:

Post a Comment

Subscribe to Post Comments [Atom]

<< Home