Wednesday, November 08, 2006

Ramah Tamah Aidil Fitri

Majlis Ramah Tamah Aidil Fitri anjuran PPM Kumpulan Sarawak telah diadakan di Pusat Khidmat Maklumat dan Akademik, Universiti Malaysia Sarawak pada 6 November 2007.

Ahli-ahli PPM yang terdiri daripada pelbagai kaum di sekitar Kuching telah datang bersama-sama untuk meraikan sambutan Hari Raya Aidil Fitri ini.

Tetamu dihidangkan dengan juadah Hari Raya yang cukup enak dan menyelerakan. Majlis ini juga dapat mengeratkan lagi hubungan silaturrahim sesama ahli yang hanya dapat berkumpul bersama di dalam program seperti ini.